"aku taknak la duduk SC, sana jalan jamm teruk, klau pon nk pg sana jalan2 je"aku ingat lagi kot kata-kata tu.
aku sanggup bertahan taknak ke SC masa tu.
masa tu aku kene Latihan Industri.
pening-pening cari tempatnya.
last2 aku ikut Ery,Hug and lain-lain kat 1 syarikat.
dapat kat SC gak. tapi aku dihantar ke RC utk branch di sana.
aku pon on je sbab aku ada rakan-rakan di sana.
hasil jaringan sosial di internet, dan mereka juga pemuzik jalanan.
Aus dan SS, Ayit dan TO, dan FOF sekeluarga semua,
terima kasih atas persahabatan di sana.
yelah kan, lepas jugak 2 3 gigs aku seludup masuk hasil dari penyeludupan korang.ehehehehe
tu yg bestnye lah. ada bahagian yg tak best la.
bila aku agak gagal utk siapkan tugas yg diberikan.
aku masa tu ibarat semut je. tapi mendiang ketua aku tu bagi aku tugas utk seekor gajah. amik kau.
smpai ketua pon aku gaduhkan. hahaha rebel gila kan. tapi gaduh dlm fon je.
esoknya aku kemas barang. balik ke SRC sekejap. jumpa ibunda. makan2 dan gerak ke SC, pada akhirnya.
sebab guru atasan dah bg aku tempat baru utk berlatih industri.
SC? nk buat mcmana kan. tu je yg ada.
aku mengorak langkah yg teruk kat sana.
yela tak tau segala. sesat tu biasa. tapi mmg membina lah.
dalam pada tu. aku masih hidup dlm penyeludupan.
aku tinggal di rumah kawan dari sekolah rendah lagi secara seludup,
sebab tu rumah yg diberi oleh ketua dia utk duduk dan bekerja.
4 bulan aku hidup kat situ. kena kacau ngn amoi yg betol-betol made in China pada awal aku duduk kat sana. diorang tak kenal aku lagi kot. sebab org baru kan duduk situ.
banyak kenangan kat rumah tu gak. aku mcm kongsi segalanya dgn Arif. dari baju,suar,underwear,duit sampai la ke teman wanita pada akhirnya. Dengar kata lah kan. tapi aku tau. aku tak salahkan kau Arif. dunia kan, biasa lah tu.
lepas 4 bulan tu. aku duduk makan and tidur kat situ.
dah rasa best duduk kat SC! ahahahah
mula rapat dgn rakan-rakan sosial internet gak masa tu. selalu lah tidur kat rumah diorang nih, Cherry,Shakir,Mimi,Mamat dan lain-lain. sebab rumah tu ramai masa aku lepak. mereka juga pemuzik jalanan. dan mereka juga rakan seludup utk masuk ke gigs! ahahaha. Restoran Ariff adalah tempat perjumpaan utama lah.
sampailah aku berhijrah gak kat rumah tu.
tapi sempat duduk sebulan je masa tu. sebab tuan rumah dtg nk amik balik rumah tu.
nk bagi sewa kat org lain pulak katanya. time tu aku dah keje sebagai pemasuk data.
pindah rumah baru. sebulan kat rumah baru aku dapat kerja baru.
wah best lah kan rasanya, sebab tempat kerja baru ni dekat je dgn rumah.
lama jugak aku kerja kat situ. masuk 7 bulan rasanya.
hari ni,31hb Disember, aku rasa hari terakhir aku kerja kat situ. hati dah tawar kan.
wah tak sangka dah setahun berlalu kan.
banyak lagi kenangan yang tak larat di notis kat sini.
biarlah berlalu mcm tu kan.
macam gambar tertera, aku nak lalu mana eh?
aku nak lalu Life je. boleh ke? mesti aku kene lalu kat Work punya.
sebab dah lalu situ baru lah aku boleh lalu Home dan Life dengan selesa.
aku rindukan BP,SpaceRock city. kampung halamanku.
aku rindukan JB,Rawk City. tempat paling best bagi aku.
SC? KL,Sin City, tempat aku lalu Work,Home dan Life.
setahun sudah, selamat datang yang baru.
aduh, tolong lah tuhan berikan aku jalan. Amin, InshaAllah.